Agong, Permaisuri selamat pulang dari ibadah haji

YANG DI-PERTUAN AGONG, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja
Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat
kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.

Keberangkatan tiba Baginda disambut PM Anwar
Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda berdua dan delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekitar 1.10 tengah hari tadi.
Al-Sultan
Abdullah dan Tunku Azizah yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku
Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat ke tanah suci pada 21 Jun lalu.
Keberangkatan
tiba Seri Paduka Baginda berdua turut disambut Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Yang di-Pertuan
Agong menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan
keizinan-Nya baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan
untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan lancar.
Al-Sultan
Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas
persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira dua juta jemaah pada
musim haji tahun ini.
Titah penghargaan dan terima kasih itu
dizahirkan baginda semasa pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana
Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman, di Majlis Jamuan Teh
Petang yang dianjurkan Putera Mohammed di Mina, pada 29 Jun lalu.
Istana
Negara dalam catatan di Facebook juga memaklumkan, Al-Sultan Abdullah
turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi
atas kesudian menerima 31,000 jemaah dari Malaysia dan kemudian
tambahan seramai 1,000 lagi untuk mengerjakan haji tahun ini.
Yang
di-Pertuan Agong juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan keizinan-Nya, Baginda dan Raja Permaisuri Agong
dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu dengan
lancar.
Baginda turut mendoakan agar seluruh jemaah haji
Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di Tanah Suci dan
selamat pulang ke tanahair kepada pangkuan keluarga tercinta.
“Al-Sultan
Abdullah juga mengajak seluruh jemaah haji Malaysia untuk terus
bermunajat, memohon keampunan serta mendoakan keselamatan dan
kesejahteraan negara tercinta,” menurut catatan itu.

Anda Mungkin Berminat