Nasional

JPA umum portal untuk cadangan kajian sistem saraan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membangunkan portal kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif.

Menerusi kenyataan hari ini, JPA memaklumkan, segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui https://semakansaraan.jpa.gov.my.

Langkah itu dibuat susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam.

“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sejak 26 Julai lalu melalui beberapa sesi libat urus,” katanya.

Sesi libat urus itu merangkumi enam kluster iaitu keselamatan, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, teknikal serta pengurusan.

“Satu mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) akan diadakan Isnin depan untuk membincangkan kajian SSPA sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi membangun Malaysia Madani,” katanya.

JPA berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Anwar selaku Perdana Menteri.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close