Sukan

KBS dukung pencarian bakat dalam sukan tarian ‘street dance’ di Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dalam bidang tarian yang boleh mewakili negara di persada antarabangsa termasuk pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata ‘breaking’ merupakan sukan terkini yang diperkenalkan di Sukan Olimpik kelak dan pencarian bakat dalam sukan tarian telah mendapat kerjasama Astro menerusi rancangan ‘Battle ground Malaysia: Road to Gold’.

“KBS berharap agar Battleground Malaysia: Road to Gold akan menjadi platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia.

“Ia juga akan memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia,” katanya.

Rancangan Astro, Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) merupakan pertandingan sukan tarian ‘street dance’ terbesar di Malaysia yang menampilkan penari-penari unggul negara dan bakal menemui penonton mulai 29 September 2023, setiap Jumaat pada pukul 10 malam.

Rancangan ini merupakan inisiatif bersama KBS dandiperkasakan oleh Rakan Muda yang diberi nafas baharu menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Para peserta yang disenarai pendek daripada ratusan belia dari seluruh pelusuk negara telah mengujakan para hakim ketika uji bakat on-ground di AEON Mall Shah Alam pada bulan Julai lalu.

Ianya akan disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur ataupun golongan etnik, akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint
TFC.

Manakala, pelakon, pelawak dan penyanyi rap tersohor negara, Zizan Razak akan memegang tugasan sebagai juri.

Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih kru seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.

Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011 Seven.

Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.

Rancangan ini turut membawa penari-penari daripada pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya ‘street dance’ mereka dan hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close