Pasangan ‘lepak’ atas bumbung kereta tarik perhatian

Aksi berbahaya pasangan dipercayai suami isteri yang duduk di atas bumbung kereta sedang bergerak mengundang kritikan warga maya. 

Perkara itu berlaku selepas satu rakaman video tular di media sosial memaparkan mereka bercium dan berpelukan sambil duduk di atas bumbung kereta.

Mereka berbuat demikian dengan cara keluar melalui bumbung tembus cahaya atau sunroof. 

Disebabkan hal itu, tindakan mereka secara tidak langsung mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna jalan raya. 

“Sekiranya berlaku kemalangan, bukan sahaja mereka, tetapi itu juga akan menyusahkan pemandu lain,” kata seorang pengguna media sosial. 

Malah mereka turut mengharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas atas perbuatan mereka itu. 

Berdasarkan laporan media antarabangsa, Times Of India, kejadian terbabit berlaku pada Ahad di laluan Lebuhraya PVNR, wilayah Hyderabad, India.