Sukan

Penyokong Harimau Malaya ‘tagih’ siaran langsung Malaysia lawan Tajikistan di RTM malam ini

Aksi kemuncak Pestabola Merdeka menyaksikan Malaysia menentang skuad Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini tentu sahaja menjadi perlawanan yang paling dinantikan oleh seluruh penyokong Harimau Malaya.

Bagaimanapun sebilangan penyokong meluahkan rasa tidak puas hati apabila siaran langsung perlawanan tersebut tidak dapat disiarkan di saluran televisyen nasional iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM). 

Sebaliknya siaran langsung perlawanan dua pasukan itu dapat ditonton oleh pengguna stesen televisyen berbayar. 

Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan ramai meluahkan rasa tidak puas hati di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

“Piala Merdeka, main di Malaysia, live di RTM tiada. Tahniah rakyat Malaysia dalam memilih pemimpin,” kata Azman Ahmad. 

“Masih tiada live yang boleh semua orang tengok? Okay, baik terima kasih Malaysia,” kata Muhammad Taufiq.

“Mana menteri komunikasi. Kasi live kat TV la, satu Malaysia nak tengok,” kata Mohd Asri Asri. 

Meskipun mengetahui perkara itu, penyokong Harimau Malaya tetap memberikan sokongan padu kepada pemain agar dapat menjulang piala dan mengharumkan nama negara.

Meskipun berada jauh dari kedudukan Tajikistan yang di posisi 110 dunia berbanding Malaysia di tangga 134, jurang tersebut tidak mematahkan harapan penyokong untuk melihat skuad negara meraih kemenangan.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close