Bantuan kemanusiaan mula masuk ke Gaza selepas sempadan Rafah dibuka 

Memetik laporan Al-Jazeera, dianggarkan sebanyak 20 buah trak membawa bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir.

Menurut media Mesir, menunjukkan trak tersebut dilihat memasuki Gaza dan kehadiran mereka menjadi tumpuan orang awam yang menyeberangi sempadan itu.

Sempadan yang dibuka pada pukul 10 pagi waktu tempatan, membolehkan bekalan perubatan dan makanan yang sangat diperlukan penduduk Gaza disalurkan.

Sebelum ini, kumpulan bantuan berulang kali menyifatkan penghantaran 20 trak itu umpama ‘setitis air di lautan’ dan seakan-seakan memberi isyarat bahawa banyak lagi bantuan bakal tiba. – Agensi