Negeri

Saudi Aramco optimis perluas fasiliti Kompleks Bersepadu Pengerang – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, gergasi minyak dan gas dunia, Saudi Aramco komited untuk memperluaskan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.

Antaranya dengan menambah aktiviti hiliran petrokimia dan gas supaya menjadi hab terbesar di Asia Tenggara,

Beliau memaklumkan perkara setelah dinyatakan oleh kepimpinan syarikat minyak dan gas terbesar dunia itu pada sesi perbincangan bersamanya di Hotel Ritz-Carlton, Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu. 

Menteri Kewangan itu turut bertemu dengan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H Nasser bagi berbincang mengenai rancangan pelaburan syarikat itu secara terperinci.

Sebelum ini, Saudi Aramco menyuarakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di rantau Asia Tenggara.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close