Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran kepada pejuang Islam dari Lubnan, Hezbolllah agar tidak turut campur dalam isu pergolakkan antara Palestin-Israel.
Katanya, kumpulan pejuang itu akan ‘dihancurkan’ dengan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan jika memutuskan untuk terlibat dalam peperangan tersebut.
“Maksudnya, Hezbollah dan negara Lubnan akan diruntuhkan. Namun kami bersedia untuk sebarang senario,” ujarnya.
Hezbollah merupakan gerakan Islam yang disokong oleh Iran dan mempunyai salah satu pasukan paramiliter yang terkuat di Timur Tengah.
Kumpulan ini turut memiliki pangkalan di sempadan Israel-Lubab, sekali gus mampu menyebabkan berlakunya konflik serantau yang lebih meluas.
Sebelum ini, Hamas membuat serangan ke atas Israel yang kononnya dikatakan mengakibatkan 1,400 nyawa terkorban.
Bagaimanapun keputuan Hezbollah untuk turut campur tangan dalam hal itu masih belum dapat dipastikan. Namun, sekiranya hal itu benar, perkara tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan berlakunya konflik Timur Tengah dan keadaan selanjutnya sukar untuk diramal. – Agensi