Global

Anjing tertua di dunia mati pada usia 31 tahun

Seekor anjing bernama Bobi dicatat sebagai anjing tertua di dunia menerusi Rekod Dunia Guinness akhirnya mati pada usia 31 tahun.

Menurut pemiliknya, Leonel Costa, Bobi yang merupakan baka tulen jenis Rafeiro do Alentejo dianggarkan memiliki jangka hayat sekitar usia 10 hingga 14 tahun.

Katanya, dia mula memelihara Bobi bersama dengan beberapa ekor kucing di sebuah rumah ladang di Conqueiros, Portugal pada umur lapan tahun.

“Bobi makan apa yang kita makan. Saya tidak pernah menyekat atau menghadkan pergerakan Bobi.

“Berita kematian Bobi bukan sahaja mendapat perhatian penduduk setempat, malah ramai orang yang datang dari Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun juga ada,” ujarnya.

Rekod Dunia Guinness mengesahkan kematian Bobi pada hari Isnin 23 Oktober pada usia 32 tahun, 165 hari selain menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-31 pada Mei lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close