Nasional

PM terima kunjungan Jusuf Kalla

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.

“Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti ilmu dan keagamaan.

“Ia juga seiring peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI),” katanya.

Perdana Menteri berharap pertemuan itu akan meneruskan legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close