Negeri

Kos rawatan budak lecur rumah pencawang ditanggung TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) amat bersimpati terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau Pinang, petang kelmarin (16 November).

Dalam satu kenyataan, TNB berkata, pihaknya akan menyalurkan segala bantuan termasuk bagi menanggung kos rawatan dan perubatan yang diperlukan agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik.

“Wakil Pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU),
di hospital berkenaan.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

Dalam insiden semalam, mangs dikatakan memasuki rumah PE itu untuk mengambil bola yang terpelanting masuk.

Namun mangsa dikatakan terkena  renjatan ketika berada dalam rumah tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close