Ratu Cantik Malaysia, Manvin Khera dinobatkan Miss Globe 2023

Peserta Ratu Cantik Malaysia, Manvin Khera mencipta sejarah tersendiri apabila dia dinobatkan sebagai Miss Globe 2023 sekali gus mengetapikan lebih 50 peserta lain dalam satu acara yang berlangsung di Albania pada Sabtu. 

Manvin, 22, yang kelihatan anggun mengenakan busana rona putih menitiskan air mata kegembiraan ketika dipakaikan mahkota oleh pemenang Miss Globe 2022, Anabel Payano dari Republik Dominika.

Sementara itu, peserta dari Sepanyol, Katia Agbodo Rodriguez memenangi 1st runner-up manakala Anna Valencia Lakrini dari Philippines berada di kedudukan 2nd runner-up.

Seterusnya kemenangan 3rd runner-up jatuh kepada Duru Esther Chidera dari Nigeria dan Kirstin Yvonne Bangs, Amerika Syarikat selesa di kedudukan 4th runner-up.

Dalam pada itu, pemenang anugerah istimewa di menangi oleh pesarta Afrika Selatan, Hawai (Miss Friendship, Brazil (Miss Bikini), Jepun (Miss Media Sosial) dan Albania (Miss Fesyen).

Republik Czech (Miss Elegen), Laos (Miss Fotogenik), Belgium (Miss Gadis Emas), Jerman (Miss Pelancongan), Utara Macedonia (Miss Dreamgirl) dan Taiwan (Kostum Kebangsaan Terbaik).

Peserta dari Jamaika memenangi Anugerah Pilihan Peminat.

Tidak terkecuali insiden ‘drama’ pada acara tersebut apabila peserta Thailand menyangkakan dia memenangi kategori Kostum Kebangsaan Terbaik, namun kegembiraanya itu bertukar kecewa apabila peserta Taiwan disebut sebagai pemenang.

Acara Miss Globe 2023 diadakan di istana Sukan Ramazan Njala, Durres, Albania. – Agensi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat