TikTok bakal sekat kandungan surat Osama bin Laden

TikTok bakal mengharamkan kandungan yang mempromosikan surat ditulis Osama bin Laden pada 2002 mengenai justifikasi bekas pemimpin al-Qaeda itu untuk melakukan serangan terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS).

Perbincangan mengenai surat berusia 20 tahun itu mula tersebar dalam platform berkenaan pada minggu ini rentetan perang Palestin-Israel yang berlangsung ketika ini.

Surat itu yang ditulis selepas serangan al-Qaeda terhadap AS yang membunuh kira-kira 3,000 orang, mengkritik Washington yang memberi sokongan kepada Israel, menuduh AS menindas rakyat Palestin serta komen berbaur antisemitik.

Osama terbunuh dalam serbuan tentera AS di Pakistan pada 2011.

“Kandungan yang mempromosikan surat ini jelas melanggar peraturan kami untuk menyokong sebarang bentuk keganasn,” kata TikTok.

Selain itu, pengguna yang cuba mencari surat itu di dalam TikTok akan diberi peringatan bahawa kandungan itu melanggar garis panduannya. – Agensi

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat