Nasional

Abang sabit adik sampai mati di Johor

Akibat pertengkaran mulut, lelaki maut dilibas dengan sabit oleh abang kandung di sebuah rumah di Taman Kluang Barat di Kluang, Johor pada Sabtu (semalam).

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Fu Kui Fatt, 42, parah sebelum dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, susulan itu polis menahan abang mangsa berusia 44 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil saringan urin didapati negatif dadah dan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati suspek.

“Hasil soal siasat, suspek turut mengaku mencederakan adiknya menggunakan sabit dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, suspek ditahan reman selama enam hari hingga Khamis.

Katanya, sebilah sabit dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Baca lagi:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close