Nasional

18 syarikat mahu pampasan tunai pada hari tol dikecualikan

Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang memperhalusi tuntutan 18 syarikat yang menguruskan 33 konsesi lebuh raya supaya kerajaan memberi pampasan secara tunai dan bukan rebat cukai bagi sembilan hari yang diwartakan sebagai hari tol percuma setiap tahun.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, rundingan sudah dilakukan bersama pihak terlibat.

“Apabila mereka buat tuntutan seperti ini, ia perlu diperhalusi dengan peringkat atasan lain dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pembukaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 6 dari persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa pada Isnin.

Sembilan hari tol percuma itu ialah dua hari untuk Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas, dan satu hari untuk Hari Kebangsaan.

Menurut sumber industri, syarikat konsesi kecewa kerana kerajaan tidak berunding dengan mereka terlebih dahulu untuk menyusun mekanisme pampasan sebelum melaksanakan hari tol percuma. – Berita Harian

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close