Negeri

Isu tauliah Mufti Wilayah punca program agama anjuran NGO ditangguh

Acara Pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam Pembentukan Negara Madani yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) terpaksa ditangguh penganjurannya pada 26 Disember depan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atas alasan beberapa ahli panel gagal mendapat tauliah khas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Berita mengenai perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia menerusi akaun Facebook pada Rabu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Konvensyen Sunah ke-11: Pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam Pembentukan Negara Madani yang bakal dianjurkan pada 26 Disember 2023 (Ahad) terpaksa ditangguhkan.

“Walaupun para pesert yang telah mendaftar dan para jemputan telah mencecah maksimum 550 peserta. Hal ini adalah kerana pihak penganjur telahpun memohon tauliah khas bagi beberapa orang ahli panel, namun permohonan ini telah tidak diluluskan oleh pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

“Kami memohon kemaafan kepada pihak peserta yang telah mendaftar. Para peserta yang ingin menuntut semula yuran boleh mengisi borang di http://bit.ly/borang-refund sebelum 26 Disember 2023 bagi memudahkan kerja-kerja pemulangan,” katanya.

Keputusan tersebut secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial lebih-lebih lag apabila program melibatkan perbincangan hal agama terpaksa dibatalkan.

Sebahagian mereka menyarankan agar acara berkenaan diadakan di luar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Buat saja di Perlis, tempat-tempat lain mereka ini keras dengan sifat ‘kelabelan’ (melabel) ini.

“Cadangan, Buat kat Perlis saja, jemput PM mai Perlis, atau buat di Penang.

“Ustaz, buat permohonan untuk buat di Seri Perdana,” kata pengguna media sosial.

Difahamkan acara tersebut terkait dengan perbincangan pemikiran ulama besar kontemporari Islam kelahiran Mesir yan meninggal dunia pada 26 September lalu.

Sementara itu, memetik MalaysiaKini, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang turut terlibat dengan program terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan kebenaran supaya acara membincangkan pemikiran Yusuf Al-Qaradawi di ibu negara Ahad ini diteruskan.

“YAB PMX baru sahaja bercakap dengan saya bahawa program hendaklah diteruskan,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close