Global

Lawatan kerja ke Vietnam bincang isu berkait keselamatan – Mohamad

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam Ahad ini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keselamatan dengan rakan sejawatnya di negara itu.

Mohamad berkata, selain itu, memorandum persefahaman (MoU) berkenaan keselamatan pertahanan juga dijangka ditandatangani sempena lawatan itu nanti.

“Terdapat perkara lain akan dibincangkan, antaranya isu keselamatan perairan kedua-dua negara, keselamatan nelayan, isu pencerobohan dan penangkapan ikan di Laut China Selatan.

“…berunding lebih mudah daripada bertembung, itu diplomasi pertahanan yang saya amalkan supaya kita di Rantau Asia Tenggara terus mengamalkan dasar terbuka, Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali dan zon Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Agro Madani dan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau di sini pada Selasa memetik laporan Sinar Harian.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close