Nasional

Mak Jah terima bantuan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Sumbangan disempurnakan menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengadakan lawatan di kediaman pelakon filem Abang Long Fadil itu di Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jelas Ahmad Farhan, Mak Jah menghidap kencing manis dan mengalami masalah saraf yang menyukarkan beliau untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Mak Jah menerima kunjungan Ahmad Farhan di kediamannya di Cheras.

“Semasa menziarah Mak Jah di kediaman beliau, saya menyaksikan sendiri bagaimana Mak Jah sentiasa optimis dan berkongsi kekuatan dengan orang sekelilingnya,” katanya.

Dalam pada itu, Farhan turut menyampaikan sumbangan Perdana Menteri bagi membantu meringankan urusan perubatan Mak Jah.

Untuk rekod, Mak Jah aktif sebagai pelakon sekitar 1980-an dan kini sudah membintangi lebih 50 buah naskhah filem, drama dan telefilem.

Antara lakonannya ialah Keranda Tok Wan Terbang, Volkswagen Kuning, Mistik Syirik Tahyul, Jejak Karmila, Anugerah Cinta Aisyah dan Jesnita.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close