Nasional

PM prihatin dengan nasib GTSM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) bagi membincangkan cadangan penambahbaikan dan kebajikan 40,000 ahli.

Kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook, beliau komited supaya cadangan yang telah dikemukakan disemak dan diteliti oleh kerajaan agar satu pendekatan lebih adil dapat dilaksanakan dalam memastikan kelestarian industri teksi.

“Saya telah mendengar beberapa cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi termasuk bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus terpelihara.

“Diharapkan agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan kelak,” ujar beliau.

Sementara itu, Presiden GTSM, Kamarudin Hussain meluahkan rasa syukur apabila usahanya untuk memelihara nasib pemandu teksi mendapat perhatian Perdana Menteri.

“Belum pernah ada mana-mana Mantan Perdana Menteri sebelum ini yang sudi meluangkan masa berjumpa, mendengar, berbincang, apatah lagi berjanji akan memelihara industri teksi.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang sudi meluangkan masa berjumpa dan mendengar sendiri masalah dan cadangan daripada kita,” terangnya.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close