Bergambar dengan haiwan peliharan untuk muka depan majalah Time, kucing Taylor Swift bernilai RM467 juta tarik perhatian

Penyanyi Taylor Swift merakam potret indah bersama kucing kesayangannya, Benjamin Button pada muka hadapan majalah popular antarabangsa, Time.

Swift berbuat demikian selepas dirinya dipilih menjadi Individu Tahunan majalah tersebut.

Apa yang menarik perhatian apabila pelantun lagu Look What You Made Me Do, apabila haiwan peliharaan bernilai AS$100 juta (RM467 juta) itu diperlihatkan kepada umum.

Button yang merupakan kucing daripda baka Regdoll itu turut dikategorikan sebagai ‘jutawan’ kerana menerima bayaran lebih ratusan juta dolar untuk muncul dalam muzik video dan iklan komersial.

Memetik media antarabangsa, Daily Mail, Swift secara peribadi meminta kebenaran daripada pihak Time untuk mengabadikan gambar dirinya bersama Button sebagai muka depan majalah di media sosial.

“Boleh saya bawa kucing saya?” ujar Swift di X.

Pada awalnya, kenyataan Swift itu dianggap sebagai satu gurauan, Namun, permintaan penyanyi berusia 33 tahun itu kemudian termakbul apabila Time dengan senang hati menunaikan impiannya.

Untuk rekod, Button sebelum ini pernah muncul dalam beberapa iklan produk antaranya Coke Diet dan Ned Sneakers.

Tidak hanya Button, seekor lagi kucing peliharaannya, Olivia Benson turut menjadi tarikan selain pernah disenarai sebagai kucing ketiga terkaya dunia dengan catatan pendapatan AS$97 juta (RM453 juta) pada awal Januari lalu.

Anda Mungkin Berminat