Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Rizal dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas seminggu menjalani pembedahan membuang air di kepala.
Menurut Mstar, isteri penyanyi berkenaan, Sarimah Suleiman, 51, berkata, Ibnor seharusnya memberi reaksi tindak balas selepas tiga hari jalani pembedahan.
Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan ketara yang berlaku biarpun pembedahan sudah dibuat sejak 2 Disember lalu.
“Keadaan suami saya ketika ini masih lagi sama. Tidak sedarkan sejak 2 Disember lalu, iaitu hari dia melakukan pembedahan.
“Doktor memaklumkan tindak balas sangat perlahan ketika ini. Kalau ikutkan dua atau tiga hari sepatutnya sudah ada pergerakan. Doktor juga akui pergerakan abang Ibnor perlahan,” katanya.
Susulan itu, Sarimah mengharapkan agar peminat industri muzik tanah air dapat mendoakan kesejahteraan penyanyi berusia 62 tahun itu agar pulih seperti biasa.
Untuk rekod. Ibnor menjalani rawatan dan pembedahan membuang air di kepala suslan sel kanser limfoma di Hospital Cancelor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur selepas mengaku sakit kepala.
Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang dengan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolestrol tinggi, buarsir, darah tinggi dan migrain yang teruk.