Polis mengadakan perjumpaan bersama komuniti penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, perjumpaan berkenaan merupakan aktiviti biasa yang dilakukan pihaknya sebelum ini.
“Memang sebelum ini pun kita adakan perjumpaan untuk terangkan situasi semasa, ia satu perkara yang rutin bagi kawasan Petaling Jaya ini,” katanya lapor Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, beberapa kenderaan polis yang sebelum ini memasuki kawasan blok di sekitar pekarangan Apartment Idaman dilihat keluar kira-kira jam 10.30 malam.
Difahamkan anggota polis memasuki blok R di kawasan perumahan tersebut untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah bagi siasatan lanjut berkaitan kes pembunuhan mangsa.
Dianggarkan lebih 20 anggota dilihat memasuki blok kediaman keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin kira-kira pukul 8 malam.
Baca juga: