Tempoh singkat tahanan reman terhadap pegawai kanan polis yang terkait dengan insiden kematian seorang pelajar tingkatan lima di Jalan Taman Jati, Meru, Ipoh, Perak Jumaat lalu disebabkan siasatan kes itu sudah lengkap.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tempoh remanbergantung kepada kertas siasatan yang dilengkapkan.
“Suspek telah direman selama tiga hari untuk siasatan sebelum ini. Disebabkan siasatan kes sudah lengkap jadi tiada keperluan kita (polis) untuk sambung reman.
“Jabatan Peguam Negara (AGC) juga telah membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat. Semuanya sudah lengkap jadi kita hormat keputusan AGC,” katanya memetik laporan Kosmo pada Isnin.
Mengulas lanjut, beliau juga mengatakan ini adalah bukan kes pertama tempoh tahanan reman yang singkat.
“Ini bukan kes pertama pelaku ditahan reman dalam masa singkat. Sebelum ini, ada juga tempohnya hanya dua hari.
“Ia adalah bergantung siasatan sekiranya cukup keterangan serta bukti jadi kita lihat tiada keperluan untuk reman lama-lama,” katanya.
Sebelum ini medai melaporkan pegawai kanan polis yang disyaki melanggar pelajar tingkatan lima akan dituduh di bawah Seksyen 302, di Mahkamah Majistret Ipoh.
Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek langgar pelajar dalam kejadian yang berlaku di Ipoh, Jumaat lalu.
Menurutnya, ia diputuskan selepas pihaknya membuat penelitian terhadap hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.
Baca juga: