Program Inap Desa Islamik Antarabansa Festival Pelancongan 2023 (International Homestay Islamic Tourism Festival) yang berlangsung selama empat hari bermula di Selangor dan Temerloh, Pahang merupakan salah satu usaha untuk mempromosi budaya Islam dan kesenian dalam kalangan masyarakat setempat.
Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, lebih 500 pengusaha inap desa termasuk peserta luar negara menyertai program yang pertama kali diadakan di negara ini.
Menurutnya, selain Malaysia, 15 negara turut terlibat termasuklah Indonesia, China, Brunei, Singapura Pakistan, India dan lain-lain membuktikan pelancongan Islam berpotensi menjana pendapatan dan menjadi daya tarikan pelancong luar negara.
“Program ini menjadi titik permulaan kepada usaha pelaksanaan Tahun Melawat Homestay Malaysia 2025 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, pihak Tourism negeri mempromosi kehidupan budaya masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
“Aktiviti yang dijalankan ini secara langsung memberikan maklumat kepada pelancong akan keindahan seni dan budaya Masyarakat Melayu Islam.
“Inisiatif yang dipelopori oleh Islamic Tourism Centre (ITC memberi banyak perkembangan yang amat positif dalam kalangan pemain industry dalam dan luar negara,” katanya ketika hadir ke perasmian penutup Program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 di Masjid Sultan Ahmad Shah Kampung Ketam di Temerloh pada Isnin.
Festival Pelancongan Islam Homestay Antarabangsa 2023 berlangsung selama empat hari bermula 16 sehingga 19 Disember 2023 di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, dan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam dan Inap Desa, Desa Murni.
“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, program Haflah al-Quran, ceramah perdana, memanah, pameran kraf, tulisan khat dan penyediaan masakan tradisional,” katanya.
Sahariman menambah, sebanyak 212 pengusaha homestay seluruh negara dengan 4,500 peserta telah digerakkan bagi menampung kebanjiran luar negara yang berminat bermalam di homestay.
Menurutnya, sebanyak 10,000 bilik homestay di seluruh negara mampu menampung kehadiran pelancong luar negara yang berminat merasai pengalaman berada di komuniti Melayu yang menjalani rutin harian.
Tambah beliau, pakej Ramadan dan Hari Raya 2025 (1446 Hijrah) sempena Tahun Melawat Homestay Malaysia pada 10 hari terakhir Ramadan dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong berkaitan bazar Ramadan, solat tarawih, pakaian dan makanan.
“Pakej 6 hari 5 malam bulan Ramadan dan Hari Raya terbuka kepada semua pengusaha homestay tetapi pihak persatuan akan memastikan setiap negeri akan melaksanakannya program ini,” katanya.
Baca juga: