Lelaki tipu wang kripto RM12 juta

Seorang lelaki berdepan dengan pertuduhan penipuan melibatkan urusan pemindahan wang kripto USDT yang dianggarkan bernilai RM12 juta yang didakwa bertujuan untuk modal pembangunan unit komersial dan pangsapuri.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, berkata, mangsa didatangi suspek mengatakan terdapat sebuah syarikat, Mont Stone Development (MSD) Sdn Bhd ingin membuat pinjaman wang tunai sebanyak RM12 juta.

Suspek meminta mangsa melakukan bayaran menggunakan kripto USDT ke dalam akaun e-dompet kripto USDT sebanyak 1,771,362.58 USDT bersamaan RM 7,776,281.73 dan ke akaun e-dompet individu lain sebanyak 1 juta USDT (RM4.39 juta).

“Pengadu bagaimanapun mendapati suspek hanya membuat bayaran sebanyak RM3,413,338 sahaja kepada syarikat Mont Stone Develeopment Sdn Bhd, manakala baki wang pinjaman sebanyak RM4,362,943.73 suspek telah gunakan untuk perbelanjaan peribadinya.

“Pemindahan wang itu khabarkan akan dijadikan model pembangunan bangunan komersial sebanyak 28 unit, pangsapuri Selangorku sebanyak 300 unit dan pangsapuri perkhidmatan sebanyak 700 unit di Bandar Saujana Utama, Shah Alam, Selangor,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Baca juga: