Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) terpaksa menahan kesakitan apabila cincin tersekat pada kemaluannya.
Mangsa kemudian mendapat bantuan daripada anggota bomba untuk membuangnya di Hospital Nukleus Labuan, Sabah pada Isnin.
Dalam kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Sentral, berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.53 petang sebelum mengarahkan pegawai di bahagian kecemasan dan anggota bomba digerakkan ke hospital berkenaan bagi membantu memotong cincin yang tersangkut di kemaluan lelaki terbabit.
Katanya, lelaki berusia 28 tahun berkenaan terpaksa menahan sakit apabila terpaksa menjalani pembedahan terlebih dahulu kerana mengalami kesukaran untuk mengeluarkannya.
“Setelah selesai pembedahan, dua anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak membantu pegawai hospital untuk operasi pemotongan cincin tersebut.
“Operasi pemotongan cincin akhirnya berjaya dilakukan sehingga selesai dan tamat sepenuhnya pada pukul 4.46 petang,” katanya.
Baca lagi: