Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya berdekatan susur Hentian R&R Temerloh Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1).
Video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang secara merbahaya dengan aksi ‘Superman’ hingga terlibat dalam kemalangan.
Menerusi hantaran Facebook, Pihak JSPT turut mengarahkan JSPT Pahang untuk mengesan dan menjalankan siasatan terhadap penunggang motosikal yang terlibat.
JSPT juga menggesa pihak yang terlibat untuk tampil memberi keterangan memandangkan nombor plat dan jenis kenderaan mereka telah dikenal pasti.
Baca juga: