Jenayah

Dakwa beri rasuah RM4,000, 2 pemilik syarikat kitar semula direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan reman dua pemilik syarikat barangan kitar semula selepas disyaki terlibat dengan memberi rasuah kepada pihak penguat kuasa.

Kedua-dua yang ditahan pada Isnin dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula Selasa yang dibuat di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban, Negeri Sembilan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Difahamkan, dua individu berusia 40-an itu ditahan sekitar pukul 4 petang pada Isnin.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu pada 2023, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang berkaitan pengurusan siasa pepejal.

Difahamkan, dua pemilik syarikat barangan kitar semula itu ditahan kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah sekitar RM4,000 kepada seorang penguat kuasa.

Memetik laporan Berita Harian itu juga, menyatakan kedua-dua suspek dipercayai memasukkan wang rasuah secara dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM) ke akaun seorang penguat kuasa sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan kedua-dua suspek sementara kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close