Negeri

Pasaraya musnah, kebakaran di Teluk Kumbar

Sebuah pasaraya musnah susulan kebakaran di Teluk Kumbar, Bandar Baru Teluk kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin sekitar pukul 4.20 pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dan seramai 28 anggota digerakkan ke lokasi.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Faris, kebakaran melibatkan sebuah pasaraya dua tingkat berkeluasan 70 x 50 kaki persegi.

“Anggaran peratusan kebakaran adalah sebanyak 70 peratus di tingkat bawah, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Anggota Bomba dapat mengawal kebakaran sekitar pukul 4.54 pagi dan operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 7.41 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk info, anggota bertugas adalah dari Balai Bomba Balik Pulau dan Bayan Baru bersama dua buah jentera FRT, sebuah LFRT, dua kenderaan unit EMRS dan sebuah jentera ‘water tanker’ .

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close