JenayahNegeri

Sindiket rompakan di tawau, berjaya diberkas polis

Sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Institusi Polis Diraja Tawau berjaya menangkap empat orang suspek lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rompakan pada 14 Mei 2024.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau yang menyatakan pihak mereka menerima sebanyak 22 laporan yang kerugiannya berjumlah lingkungan RM 50,00000 mengenai kejadian pecah premis perniagaan yang menggunakan modus operandi yang sama sehingga 2 Mei yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin setelah melakukan siasatan dari 6 hingga 12 Mei, didapati kesemua suspek dipercayai lingkungan umur 19 tahun sehingga 41 tahun.

“Polis menerima satu laporan dari lelaki tempatan menyatakan restoran miliknya telah dipecah masuk dan wang tunai sebanyak lebih kurang RM900 telah hilang disyaki dicuri, dan rakaman cctv kejadian tersebut telah tular di lama sosial Facebook sehingga menyebabkan kegusaran orang ramai.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati salah seorang suspek merupakan orang kena pengawasan (OKP) yang mempunyai sebanyak 33 rekod kesalahan lampau di atas pelbagai kesalahan jenayah.

“Dengan tertangkapnya suspek-suspek berkenaan, pihak polis telah berjaya menumpaskan sindiket yang bergiat aktif dari bulan Januari hingga Mei tahun ini.

“Modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menyasarkan kedai-kedai yang tidak beroperasi sekitar pukul 11.00 malam sehingga 7.00 pagi,” ujarnya.

Setakat ini, siasatan lanjut masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya Sabah untuk mendapatkan arahan lanjut. Kes tersebut sedang disiasat di bawah seksyen 457, Seksyen 448, dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Baca juga :


Related Articles

Check Also
Close