Nasional

Kantoi harga caj bagasi AirAsia berbeza, pengguna IOS mula terfikir untuk berpaling tadah

Baru-baru ini tular kejadian seorang individu membeli tiket penerbangan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dikatakan menawarkan harga berbeza antara menggunakan peranti dengan sistem pengendalian Android dan iPhone (IOS).

Tertarik dengan perkara itu, seorang pengguna media sosial lantas mengambil langkah drastik dengan melakukan eksperimen terhadap pembelian tiket dalam talian dengan menggunakan tiga sistem pengendalian berbeza iaitu, Android, iPhone dan Windows

Berdasarkan video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, perbezaan harga ketara ke atas caj bagasi melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, mampu membuatkan mata tercengang.

Hasil keputusan menunjukkan harga caj bagasi bagi sistem pengendalian Windows berharga RM35.20 sementara peranti Oppo dengan sistem pengendali Android (RM27.40) manakala iPhone (IOS) dan tablet Samsung (Android) memaparkan harga RM42.20.

Harga iPhone dipercayai lebih mahal dikatakan kerana Apple mengenakan caj tambahan Apps Store sebanyak 30 peratus, namun tidak dapat disahkan kesahihan andaian tersebut.

Keputusan tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna peranti iPhone yang dilihat ‘menafikan’ dakwaan harga mahal.

“Patutlah aku pakai iPhone barang asyik mahal,” kata MatMamu.

“Lepas ini, kena beli telefon Android kalau nak beli barang online,” kata SitiRos.

Baca juga:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close