Nasional

Keputusan SPM diumumkan 27 Mei ini – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei depan.

KPM memaklumkan calon yang menduduki peperiksaan itu di sekolah, boleh memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” katanya.

Tambah KPM, calon sekolah atau persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

“Calon juga boleh mendapatkan keputusan secara sistem pesanan ringkas (SMS). Untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 27 Mei sehingga jam 6 petang pada 2 Jun 2024,” katanya.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan SPM 2023.

“Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan,” katanya.

Untuk info, seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close