Nasional

Eby Yus hidap penyakit kronik, PM hulur sumbangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Yunus Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Eby Yus yang dilaporkan menderita akibat mengalami pelbagai komplikasi penyakit kronik pada Khamis.

Penyakit kronik yang dialami pelawak dan pelakon veteran itu dikatakan menghadkan segala penglibatan beliau dalam bidang seni.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

Anwar mengharapkan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak mampu membantu beliau dalam perubatan dan kegunaan hariannya.

“Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Disember lalu, Ebby Yus dilaporkan telah menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung susulan menghadapi masalah lemah jantung.

Related Articles

Check Also
Close