Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib yang menimpa pelajar tahun 6 apabila dia dijadikan sebagai tempat melempias nafsu oleh rakan sebilik yang tergamak meliwatnya.
Kejadian menjijikkan berlaku di premis asrama lelaki saudara baharu, Melaka Tengah dianggarkan berlaku kira-kira 30 kali sejak April lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata, mangsa yang berusia 12 tahun lima bulan itu bersama selama lapan bulan sebelum nekad menceritakan perbuatan tidak bermoral itu kepada bapanya pada Sabtu lalu.
Katanya, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa diliwat suspek yang juga seorang penganggur dengan kejadian berlaku 14 Mei lalu, kira-kira jam 3 pagi.
“Mangsa menyatakan, suspek mengejutnya dari tidur di bilik asrama lelaki sebelum meliwat tanpa kerelaan dan mengulangi perbuatan itu keesokan harinya pada jam 2 pagi.
“Seterusnya mangsa menyatakan suspek membawanya ke tandas asrama pada 20 Mei kira-kira jam 9 malam dan menyuruh dan mengugutnya supaya meliwat suspek dan kanak-kanak itu terpaksa akur kerana takut.
“Kejadian tidak terhenti di situ, apabila suspek sekali lagi meliwat mangsa dua hari kemudian di dalam tandas di kompleks itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, sepanjang pengadu berada di asrama terbabit suspek meliwatnya sebanyak 30 kali, namun kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri dan tidak melaporkan kepada sesiapa kerana terhadap keselamatan dirinya.
Dalam pada itu, lelaki terbabit datang ke rumah mangsa pada Sabtu lalu, jam 11.45 pagi selepas pengadu menceritakan perkara itu kepada bapanya.
Susulan itu,suspek turut cedera akibat dipukul bapa pengadu sebelum ditahan anggota dari Balai Polis Tanjung Minyak.
“Siasatan awal mendapati pengadu anak kedua daripada tiga beradik dan ibunya adalah pembantu guru mualaf di Melaka.
“Pengadu tinggal di asrama lelaki sejak April 2023 bagi memudahkannya pergi ke sekolah kerana ibunya seorang mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita,” katanya.
Suspek berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Baca juga: