‘Dah kenapa nak tiru’, Khairul Aming sedia ambil tindakan undang-undang individu ciplak paten Sambal Nyet

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mengemukakan lapan surat tuntutan kepada penjual yang meniru paten produk makanan, Sambal Nyet keluarannya.

Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu tersebut dan telah menghantar surat tuntutan pelanggaran hak harta intelek.

“Sejumlah lapan tuntutan yang sudah kami senaraikan, jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan berkenaan, kami akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya.

“Sambal Nyet sudah didaftarkan tanda dagangan di MyIPO dan sudah diluluskan pada 2 November 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Biarpun terkesan dengan perkara itu, namun Khairul Aming tetap memberikan sokongan penuh kepada peniaga kecil yang ingin menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun nasihatnya, perkara tersebut perlu dilakukan berlandaskan undang-undang dan cara yang betul agar tidak ‘membunuh’ peniaga lain.

“Berniagalah dengan cara yang berhemah, jangan aniaya orang seperti ini,” luahnya.

Terdahulu, seorang peniaga menggunakan nama Sambal Nyet Khairi sebagai nama produk dengan cara pembungkusan, paten dan cap dagangan dipercayai seakan-akan sama dengan milik pempengaruh itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat