Polis siasat video tular askar pukul isteri

Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan seorang anggota tentera memukul dan mengugut isterinya di sebuah di Sungai Udang, Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata, polis mengesan video berdurasi 32 saat itu tular pada Jumaat di aplikasi X.

Siasatan polis mengesahkan kejadian pada 15 Disember lalu setelah menerima laporan wanita berusia 38 tahun yang mendakwa dipukul oleh suaminya, seorang anggota tentera.

“Siasatan menunjukkan bahawa suami mangsa, seorang anggota tentera berusia 25 tahun, terlibat dalam kejadian tersebut di sebuah flat di kawasan tersebut.

“Setakat ini polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya memetik Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

Jika disabit kesalahan, pesalah akan dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian video tular yang menunjukkan berlaku pertengkaran antara seorang wanita yang dipercayai isteri seorang anggota tentera.

Dalam kejadian itu, wanita terbabit dipercayai beberapa kali dipukul dan dimarahi suspek sehingga mengundang campur tangan jiran mereka.

Suspek turut dilihat mengacukan objek tajam dipercayai sebilah pisau kepada mangsa.

Baca juga: