Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas di Jalan Besar Serting Hilir, Jempul, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa, Muhammad Ikhmal Abdul Halim, 22, yang bekerja sebagai operator kilang disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.
Mangsa maut kerana terjatuh daripada motosikal jenis Yamaha LC135 dalam kejadian tersebut
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh lelaki warga emas berusia 65 tahun dari arah Serting Hilir menuju ke bandar Seri Jempol dalam keadaan hujan renyai.
“Setibanya di lokasi kejadian, secara tiba-tiba penunggang motosikal dipercayai telah terjatuh semasa hendak memotong kenderaan.
“Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa,” katanya kepada Kosmo.
Mangsa telah mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Baca juga: