Tiada petunjuk baharu, polis optimis jejak pembunuh kes Zayn Rayyan

Tiada petunjuk baharu setakat ini tidak menghentikan usaha polis untuk terus melakukan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, turut bertegas kes pembunuhan itu tidak diklasifikasikan sebagai tindakan lanjut (NFA).

“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pada Selasa menurut Bernama.

Sebelum ini, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Disember tahun lepas di Damansara Damai, Petaling Jaya sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan mempertahankan diri manakala kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat