Pelajar sekolah dirogol di sawah padi selepas sambutan tahun baru

Seorang remaja berusia 17 tahun dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Terengganu selepas sambutan tahun baharu.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kasar itu dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur sebelum ditahan di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superitendan Zaizul Rizal, laporan dibuat dari pihak mangsa pada pukul 6.50 pagi pada Selasa.

Siasatan mendapati, suspek dan mangsa keluar bersama tanpa pengetahuan penjaga dengan menaiki motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut menuju ke Pasir Puteh.

“Berdasarkan laporan, suspek dan mangsa keluar bersama dengan tujuan untuk menyambut tahun baharu.

“Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal dan menodai kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Kosmo, suspek meninggalkan mangsa di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang sebelum ditemui oleh ahli keluarganya.

Zaizul Rizal berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat