Tragedi letupan di Iran melibatkan sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh manakala 170 lagi cedera ketika menghadiri sebuah majlis menandakan ulang tahun keempat pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani di bandar Kerman, Iran pada Rabu.
Menurut media tempatan, United Press International (UPI), letupan pertama berlaku di lokasi sejauh kira-kira 694 meter dari kubur Soleimani di laluan bawah tanah sebuah tanah perkuburan yang terletak 804 kilometer dari Teheran.
Agensi berita tempatan, IRNA melaporkan, letupan kedua pula berlaku berhampiran Masjid Sahibul Zaman.
Menurut pihak berkuasa, letupan yang berlaku selang 10 minit itu dilakukan oleh pengganas tetapi masih tidak dinyatakan siapa golognan tersebut.
Orang ramai melarikan diri dari tanah perkuburan Garden of Martyrs sebelum agensi perubatan bersama ambulans tiba dan membawa mangsa yang cedera ke beberapa hospital di bandar itu.
Seorang pegawai keselamatan di Kerman pada awalnya berkata, letupan itu mungkin disebabkan oleh silinder gas namun tidak menolak dakwaan serangan pengganas.
Soleimani terbunuh di Baghdad bersama empat lagi warga Iran dan lima warga Iraq dalam serangan udara pada Januari 2020. Ia diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang ketika itu berkata bahawa Soleimani merancang ‘serangan jahat’.
Untuk info pengkebumian Soleimani bersama 1,024 syuhada telah menjadi tapak ziarah dan tumpuan bagi mereka yang menyokong ‘paksi penentangan’ terhadap AS dan Barat.
Baca juga: