Global

Pernah gugurkan kandungan dipercayai antara punca Britney Spears padam promosi buku

Penyanyi popular Hollywood, Britney Spears bertindak memadam video promo buku biografinya, The Women In Me yang akan dilancarkan pada minggu depan.

Spears, 41, bertindak berbuat demikian menerusi akaun media sosial, Instagram pada Selasa.

Difahamkan perkara itu berlaku disebabkan pendedahan dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan dengan bintang terkenal, Justin Timberlake.

Dalam buku tersebut Spears menjelaskan mengenai keputusan dia menggugurkan kandungan dengan Timberlake.

“Ini adalah satu kejutan, tetap bagi saya ia bukan satu tragedi. Saya sangat menyayangi Justin. Saya sentiasa mengharapkan kami mempunyai keluarga bersama satu hari nanti. Ini akan menjadi lebih awal daripada yang saya jangkakan.

“Dia berkata kami tidak bersedia untuk mempunyai bayi dalam hidup kami disebabkan terlalu muda. Saya pasti orang akan membenci kerana ini, tetapi saya bersetuju untuk tidak melahirkan bayi itu.

“Saya tidak tahu sama ada keputusan itu betul kerana jika diserahkan kepada saya, saya tidak akan melakukannya. Namun Justin begitu yakin bahawa dia tidak mahu menjadi seorang bapa,” tulis Spears.

Spears dan Timberlake menjalin hubungan sekitar 1999 sebelum berpisah pada 2002.

Selang dua tahun kemudian, Spears berkahwin dengan Kevin Federline dan mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Sean Preston, 18, serta Jayden, 17.

Pasangan itu bagaimanapun memutuskan untuk berpisah pada 2007.

Lebih sedekad kemudian, Spears sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan Sam Asghari pada Jun, 2022.

Bagaimanapun selepas setahun, perkahwinan mereka dikatakan bagai retak menanti belah selain di ambang perpisahan.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close