Global

Tiada niat buka aib, Britney Spears berang kisah lama jadi bahan kontroversi

Selebriti terkenal dunia, Britney Spears meluahkan rasa terkilan apabila media lebih tertarik untuk berkongsikan tentang kisah kegagalan hubungan berbanding isi sebenar buku biografinya, The Women In Me.

Spears, 41, turut mengatakan buku tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Malah dia bertegas mengatakan kandungan buku itu memfokuskan tentang dirinya berbanding individu lain.

“Saya tidak suka membaca tajuk berita mereka, apa yang berlaku biarkan ia berlalu. Ini adalah sebabnya mengapa saya berhenti dalam bidang ini (penghibur) empat tahun lalu.

“Kebanyakan kandungan dalam buku ini menceritakan tentang saya 20 tahun lalu. Saya ingin menceritakan bagaimana saya menerima semua perkara berlaku dalam hidup.

“Itu antara perkara terindah yang pernah berlaku dalam diri saya sepanjang hidup,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Dalam pada itu, Spears turut mengakui kandungan buku tersebut mungkin akan menyinggung sesetengah pihak, namun baginya setiap yang berlaku itu menjadikan dirinya lebih baik.

“Saya mengharapkan pada masa hadapan buku ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sama dengan saya dan dijadikan sebagai inspirasi,” tambahnya.

Untuk rekod, buku The Women In Me hangat diperkatakan sejak minggu lalu selepas tular berita mengatakan Spears pernah menggugurkan kandungan atas permintaan kekasihnya, penyanyi, Justin Timberlake.

Susulan heboh, banyak pihak yang mengecam pelantun lagu Overprotected itu sekali gus ‘menghentam’ Timberlake dan menyifatkan dia sebagai lelaki tidak bertanggungjawab.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close