Global

Rakyat Malaysia di Riyadh digesa untuk bersama jaga imej negara dan bangsa – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia di Riyadh, Arab Saudi untuk bersama-sama menjaga imej negara dan bangsa.

Gesaan itu disampaikan Anwar ketika bertemu warga Malaysia yang berada di sana ketika mengadakan lawatan kerja ke negara itu sejak Khamis lalu.

“Saya gembira tatkala bertemu mereka sambil diajukan berbagai soalan yang tertumpu pada usaha kerajaan dalam mengangkat darjat harakat hidup rakyat selain memperteguh tatakelola, memperkuat ekonomi dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam geopolitik dan hubungan antarabangsa.

“Saya menggesa rakyat Malaysia di sini untuk bersama menjaga imej negara dan bangsa yang kita cintai,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri tiba di Riyadh sejak Khamis lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Semalam, Anwar dalam ucapan dalam sidang kemuncak ASEAN-GCC memaklumkan Malaysia berpendirian rakyat Palestin harus dikembalikan semula tanah, ru­­­mah dan harta mereka selain di­benarkan hidup aman serta bermaruah di negara sendiri.

Selain itu, Malaysia ber­­pen­dirian, masyarakat anta­ra­­­bang­­sa perlu mengiktiraf sem­­­­padan negara Palestin berdasarkan per­sempadanan se­belum tahun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close