Perasaan tidak puas hati punca wanita maut ditikam

Seorang pekerja di sebuah premis kewangan dipercayai menjadi punca seorang wanita terbunuh akibat ditikam senjata tajam di Taman Rasi Jaya, Ipoh.

Kejadian pukul 10.30 pagi Khamis membabitkan seorang wanita, Lee Siew Lean, 40 meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lelaki cedera.

Saksi kejadian menyatakan pergaduhan tercetus antara mangsa maut dengan lelaki 50-an yang merupakan pekerja di premis tersebut.

“Pertengkaran dikatakan tercetus apabila suspek berang terhadap mangsa, teman lelaki mangsa dan rakan sekerja sebelum bertindak menyerang mereka menggunakan senjata tajam.

“Suspek yang turut mengalami kecederaan di telinga bagaimanapun sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Orang ramai mengerumuni kawasan kedai itu yang dikawal rapi anggota polis sebelum kelihatan mayat mangsa dibawa keluar menggunakan pengusung dari premis itu menaiki trak polis.

Turut kelihatan di lokasi, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Setakat ini tiada lagi sidang media dijalankan polis kerana siasatan masih dijalankan dan difahamkan polis akan mengeluarkan siaran media berhubung kes itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat