Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di negeri utara tanah air antara empat ditahan reman tiga hari bermula pada Jumaat.
Suspek didakwa kerana disyaki meminta serta menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta.
Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor membenarkan permohonan reman empat suspek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Jumaat.
Menurut Harian Metro, semua empat lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 6.30 petang Khamis ketika masing-masing hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.
“Berdasarkan siasatan dijalankan, wang lebih RM6 juta dimasukkan ke akaun sebuah persatuan bola sepak.
“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengendali serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan ke atas empat suspek itu.
Baca juga: