Curi rantai emas, wanita kini jadi buruan polis

Polis sedang mencari seorang wanita yang disyaki mencuri dua utas rantai emas dari sebuah kedai emas Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 3 Januari.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani, berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan itu pada 4.05 petang.

Menurutnya, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita berkenaan memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung , bercermin mata dan memakai pelitup muka.

“Suspek disyaki mencuri dua utas gelang tangan seberat 132.75 gram dianggarkan bernilai RM41,085 dari kedai emas terbabit,” katanya pada Selasa lapor Harian Metro.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dikehendaki menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222 atau balai polis berhampiran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat