Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka akan bermula pada 2027 setelah dibatalkan sebelum ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, perkara itu mengambil masa sekitar tiga tahun untuk dijalankan.
“Stesen ini masih belum dibina dan tidak dapat disiapkan dalam masa setahun, ia mengambil masa dua atau tiga tahun untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang media pembentangan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Kuala Lumpur pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pada Belanjawan 2024 bahawa kerajaan akan meneruskan semula pembinaan lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini dengan kos RM4.7 bilion.
Lima stesen LRT3 termasuk stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.
Projek pembinaan LRT3 yang bermula di stesen Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor dijangka akan bermula pada 1 Mac 2025 dan bakal memberi manfaat kepada dua juta penduduk.
Projek pengangkutan ini dijangkakan menelan kos kira-kira RM16 bilion.
Baca juga: