Heret Israel ke ICJ, dunia ‘berhutang budi’ dengan Afrika Selatan

Kementerian Luar Palestin menyatakan bahawa sistem antarabangsa berhutang budi dengan Afrika Selatan atas tindakan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan genosid ke atas Palestin.

Pihaknya membuat kenyataan itu selepas pendengaran awam yang berlangsung selama dua hari di ICJ selesai, lapor Agensi Anadolu.

“Afrika mengambil langkah berani dan memikul tanggungjawab dengan mempamerkan bukti kukuh bahawa Israel sengaja melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

“ini juga jelas menunjukkan Afrika Selatan berpihak kepada Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid,” kata kenyataan dari Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan tersebut turut menyatakan rakyat Palestin berhutang budi dengan Afrika Selatan dan seluruh rakyat mereka yang menentang sekeras-kerasnya ketidakadilan terhadap Palestin.

Terdahulu, Afrika Selatan memfailkan kes tersebut pada Disember yang menuduh Israel melalukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza sekali gus menyeru ICJ mengeluarkan langkah untuk melindungi rakyat Palestin.

Sejak kejadian 7 Oktober tahun lalu, Israel telah membunuh lebih 23,700 rakyat Palestin di Gaza hingga tercetusnya permasalahan lain seperti kemusnahan fasiliti awam dan perpindahan secara besar-besar.

Baca juga: