Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan notis penutupan restoran yang menyajikan makanan Timur Tengah di Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang pada Rabu.
Notis yang mengarahkan penutupan restoran tersebut adalah selepas pihak MBPP mendapati najis tikus di dalam stor bahan makanan restoran terbabit.
Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, M Bawani, berkata penutupan untuk tujuan kerja pembersihan itu akan diadakan selama 14 hingga 30 Januari.
“Penguat kuasa turut mendapati berlaku pencemaran silang, iaitu bahan makanan dialas dengan kertas bercetak, selain makanan mentah dan sudah dimasak dimasak bersama.
“Pengurusan premis mengakui bahawa perangkap minyak dibersihkan setiap hari tetapi keadaanya kelihatan amat teruk ketika pemeriksaan.
“Tahap kebersihan dapur juga tidak memuaskan, memandang di situ merupakan tempat memasak kerana terdapat telur dan makanan lain diletakkan bersama cat serta bahan pencuci,” katanya, lapor Berita Harian.
Selain itu, Bawani turut berkata pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid.
Bawani menambah bahawa pihak MBPP sudah menerangkan prosedur kebersihan dan pembersihan ini adalah untuk memastikan premis di Pulau Pinang berada dalam keadaan baik dan selamat.
Selain restoran tersebut, terdapat dua lagi premis yang menerima notis penutupan selama 14 hair, termasuk premis nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus.
Dua premis terbabit dikatakan sudah menerima kompaun sebelum ini namun masih tiada langkah perubahan diambil oleh pemilik premis itu.
Baca juga: