HLISB tawar perkhidmatan pembiayaan bagi jemaah umrah

Syarikat perbankan menerusi Hong leong Islamic Bank (HLISB) menjalinkan kerjasama dengan Andalusia Travel & Tours (Andalusia) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan bagi umat Islam menunaikan umrah.

Melalui kolaborasi ini, pelanggan Andalusia boleh memohon pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah daripada HLISB.

HLISB akan melengkapkan pakej umrah Andalusia dengan menyajikan rangkaian produk perbankan Islam yang sejajar dengan komitmen untuk menegakkan nilai Islam dalam sistem perbankan yang mematuhi gaya hidup Muslim.

Perkhidmatan ini turut membantu perancangan umrah untuk membiayai perjalanan mereka mengikut prinsip Syariah dengan menggunakan tawaran kewangan HLISB, khususnya Pembiayaan Peribadi-i sehingga RM150,000 dan Akaun Pay & Save-i.

Pengarah Andalusia, Ida Risawana Idris, berkata jumalah jemaah umrah dari Malaysia meningkat sebanyak 900 peratus sepanjang 25 tahun yang lalu.

“Ia merupakan cerminan pertumbuhan yang ketara dalam minat menunaikan ibadah umrah, terutamanya apabila Malaysia diberi pelbagai keistimewaan oleh kerajaan Arab Saudi.

“Hasil kerjasama dengan HLISB ini memastikan pelanggan kami mendapat akses kepada pembiayaan ibadah umrah yang patuh Syariah, digital dan berpatutan dengan rangkaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara HLISB dan Andalusia pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi HLISB, Datuk Seri Dr Md Hamzah Md Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi dan Pengerusi Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat